Tips/Panduan/Strategi Belajar
TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM STPM
BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.
PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)
IDEA UTAMA : 4 M
HURAIAN : 12 M
BAHASA : 4.5 M
IMPAK : 4.5 M
JUMLAH 25 M
Berikut adalah tips atau panduan
untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.
1. LARAS.
Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan
Bahagian A (Esei laras sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei
laras sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS YANG DIKEHENDAKI.
2.
RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab
dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea
utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU
PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN ANDA.
3. PATAH
PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri
anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah
perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan
dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan.
4.
PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan
(30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk
idea dan huraian. Perenggan keenam untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN
ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)
5. AYAT.
Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei
anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua
hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap.
6. MASA.
Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah
selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa
sepatutnya.
MEMAHAMI
KEHENDAK SOALAN
- Calon hendaklah memahami
pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
- Mengenalpasti kata kunci dan
kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang
tersirat/tersembunyi.
- Merangka esei anda.
KATA
KUNCI SOALAN.
1.BINCANGKAN.
Calon
perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut
beberapa pendekatan berikut:
- PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU
NEGATIF
- PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN
NEGATIF
- PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF
DAN NEGATIF
- PRO DAN LAIN-LAIN
- PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH
2. SEJAUH
MANAKAH
Calon
mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah
untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :
- PRO DAN KONTRA
- PRO DAN LAIN-LAIN
- PRO SAHAJA
3.
HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.
Calon
diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.
4.
BERIKAN ULASAN
Calon
diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu
yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan
yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan
pernyataan soalan.
5.
JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN
Calon
diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat
perbandingan.
UNTUK
MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN BAHAGIAN A DAN B ADALAH BINCANGKAN.
BAHAGIAN
C (PETIKAN)
Terbahagi
kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.
1. Roman
i 2 Markah
Oleh
kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan
hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan
menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.
MENYALIN
SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.
2. Roman
ii 8 Markah
Aspek
pemarkahan:
Idea(2
idea) - 2 Markah
Huraian -
4 Markah
Bahasa -
2 markah
a.
Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.
b.
Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat.
BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN.
c. Buat
dalam satu perenggan sahaja.
d. Jumlah
perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.
BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR
KEPADA BUKAN LINEAR)
Aspek Pemarkahan: (15 Markah)
Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah
Kesuaian Teknik (KT) 4 markah
Ketepatan Isi (KI) 4 markah
Kejelasan (KJ) 3 markah
Pengkelasan Angkubah(PA)
1. Paksi
X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga
ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.
2.
Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi
dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)
Kesesuaian Teknik (KT)
1. Jenis
media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian
ini.
2.
Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf
dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber
ditulis dengan tepat dan betul.
3.
Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.
Ketepatan Isi (KI)
Maklumat berikut mestilah
lengkap:
1. Label
Paksi X dan Paksi Y
2. Unit
Paksi
3. Tajuk
yang lengkap
4.
Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.
5. Sumber
dicatatkan seperti dalam petikan.
6.
Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta
7. Skala
/ nisbah jejari yang tepat
8. Titik
asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y
Kejelasan (KJ)
Maklumat berikut mestilah KEMAS,
BETUL dan JELAS
1. Tajuk
Utama
2. Label
paksi
3.
Petunjuk
4. Skala
5. Sumber
BAHAGIAN
E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)
Ada
beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:
1. Media
Statistik (jadual)
2. Media
Statistik (graf / carta pai)
3. Media
Carta Aliran
4. Media
Gambar rajah
No comments:
Post a Comment